Jenayah

Drebar jujur serah RM3,000

duit

Pasir Gudang: “Saya tidak sanggup mengambil wang RM3,000 milik seorang penumpang yang tertinggal di dalam teksi kerana terkenang kesukaran hidup lalu termasuk pernah kehilangan dompet hingga menghadapi pelbagai kesulitan,” kata D Mano Machappan, 55, semalam.

Menurut Mano, dia sanggup berulang-alik ke Taman Megah Ria, Masai bagi mengesan penumpang berkenaan sebelum menemuinya di sebuah restoran di kawasan perumahan berkenaan tiga hari kemudian.

Pada 5 Mei lalu, Mano menemui satu sampul surat mengandungi wang berkenaan di tempat duduk penumpang depan teksi dipandunya.

Mano mengecam sampul surat berkenaan milik seorang lelaki warga Nepal yang menaiki kenderaannya sebelum terus berusaha mengesan lelaki terbabit.

Menurut Mano, sebelum ini, dia mudah mengesan penumpang yang tertinggal barangan di dalam teksinya namun gagal mengingati kembali lokasi dia menurunkan warga Nepal berkenaan.

“Selasa lalu, saya mula berusaha mengesan lelaki di kenali sebagai Bimu yang berusia 30-an itu di Taman Megah Ria dan dua hari kemudian, saya menemuinya di sebuah restoran di situ.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");