Jenayah

Dua beranak sesat dalam hutan

hilang 2

PONTIAN – Hasrat dua beranak ingin beriadah di Hutan Lipur Gunung Pulai Dua di sini, pagi kelmarin (Jumaat), bertukar pengalaman buruk apabila mereka sesat di kawasan hutan berkenaan.

Lye Kwang Mong, 57, dan anaknya Jimmy Lye Wei Ping, 25, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, ditemui dalam keadaan keletihan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Saifulbahari Safar berkata, kedua-dua mereka memasuki hutan kira-kira jam 10.30 pagi, untuk ke ke kolam mandi di kawasan pertengahan hutan lipur tersebut.

Katanya, mereka hanya menyedari tersesat setelah tidak menjumpai laluan pejalan kaki yang disediakan ekoran keadaan hujan dan gelap ketika itu.

“Mereka mengambil keputusan menghubungi talian 999 menggunakan telefon bimbit yang dibawa bagi meminta bantuan.

“Tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri jam 4.50 petang.

“Kami menjejak bekas tapak dan menghubungi mangsa menggunakan telefon bimbit dan pembesar suara. Selepas 30 minit, mangsa ditemui keletihan, namun tidak cedera,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");