Jenayah

Dua lelaki dituduh membunuh

membunuh

SEREMBAN – Seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga India berdepan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan membunuh pada Mei tahun lalu.

Tertuduh, M Puganeswaran, 26, dan Muthu Kamatchinathan Nagarajan, 20-an bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim, Datuk Siti Mariah Ahmad selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 23 Mei 2013 jam lebih kurang 7 petang hingga 24 Mei 2013 jam lebih kurang 7.10 pagi, di sebuah rumah Kuaters Keretapi Rembau,
Negeri Sembilan dengan niat bersama telah membunuh hingga menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki M.D. Selvarajah, 43.

Berikutan itu, mereka didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Noliana Ali Othman.

Siti Mariah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes 23 Mei ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");