Jenayah

Dua peragut berputih mata

peragut berputih mata

KLUANG – Dua suspek yang baru meragut seorang guru di sebuah kedai di Jalan Kampung Paya, di sini, berputih mata apabila mereka ditangkap orang awam ketika cuba melarikan diri, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa, seorang wanita berusia 33 tahun berkunjung ke kedai milik adiknya sebelum didatangi seorang lelaki berusia 30-an di kedai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, lelaki berkenaan yang memasuki kedai tersebut terus meragut beg tangan mangsa.

Menurutnya, dalam kejadian berkenaan, berlaku sedikit adegan tarik-menarik antara mangsa dan suspek.

“Tetapi peragut berjaya mengambilnya manakala seorang lagi rakannya menanti di luar kedai dengan menaiki motosikal. Namun begitu, mereka berdua tidak sempat melarikan diri apabila orang awam berjaya menangkap mereka.

“Mangsa masih mengalami trauma selain lebam-lebam di lengan kiri akibat bergelut dengan peragut berkenaan,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, semalam.

Mohd Rozee berkata, ketika polis tiba di lokasi kejadian, kedua-dua peragut sudah ditangkap oleh orang awam dan hasil pemeriksaan badan, polis menjumpai satu pisau lipat berukuran 8 sentimeter pada salah seorang peragut.

“Hasil rampasan barang daripada peragut adalah beg tangan mangsa yang mengandungi dokumen dan kad-kad bank serta wang tunai RM500, pisau, sejambak kunci motosikal serta sebuah motosikal.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan denda,” katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini dan hasil soal siasat mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah.

Polis berjaya menyelesaikan lima kes ragut yang melibatkan kawasan sekitar bandar Kluang dengan tertangkapnya dua peragut berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");