Jenayah

Dua perompak restoran dicekup

rompakan 1

Seremban: Keseronokan dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang meraih wang rompakan RM1,000 di sebuah restoran di Jalan Seng Meng Lee, di sini, 6.30 pagi semalam tidak bertahan lama apabila kedua dua mereka dicekup polis 5.30 petang pada hari sama di Labu dan bandar Seremban, di sini.

Sumber polis berkata, kedua-dua supek melakukan rompakan itu terhadap seorang pemilik restoran jam 6.30 pagi semalam ketika mangsa berusia 58 tahun mahu memulakan perniagaannya.

Katanya, dalam kejadian itu berlaku pergelutan bersama mangsa dan suspek turut menghentak kepala isteri mangsa dengan kayu sehingga menerima enam jahitan.

Menurutnya, selepas insiden itu disedari orang ramai, dua suspek berkenaan melarikan diri bersama RM1,000 yang dirompak sebelum mangsa mengejar suspek dengan kereta sehingga ke Jalan Temiang, di sini.

“Suspek yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 bagaimanapun dirempuh kereta dipandu mangsa dan mereka terus melarikan diri,” katanya.

Menurut sumber, hanya 11 jam menikmati hasil rompakan itu, dua suspek berkenaan bagaimanapun berjaya dicekup sepasukan polis di Labu dan bandar Seremban.

“Kedua-dua suspek ini kini ditahan reman hari ini sehingga 23 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 iaitu samun berkawan dan mendatangkan kecederaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");