Sukan Hari Ini

‘Dua piala belum cukup’

piala

MUSIM kali ini menyaksikan Manchester City mudah mengesahkan kejuaraan berbanding musim 2011/2012 sewaktu menumpaskan Queen Park Rangers, 3-2, dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tiada gol dramatik pada minit terakhir perlawanan yang disempurnakan oleh Sergio Aguero. City pada musim ini mudah menundukkan West Ham United, 2-0, malam kelmarin.

Kemenangan itu terus membuatkan barisan pemain Liverpool menggigit jari untuk merangkul kejuaraan musim ini setelah menunggu dalam tempoh 24 tahun.

Lantas pengendali The Citizens, Manuel Pellegrini menggelar pasukannya sebagai pasukan terbaik dalam EPL selepas mengharungi 38 perlawanan musim ini.
“Kami merupakan pasukan terbaik di EPL. Ia merupakan musim yang bermakna buat kami semua.

“Kami tidak pernah berada di puncak liga, berdepan perlawanan yang ditangguhkan, namun pemain tetap percaya dengan apa yang saya rencanakan,” katanya.

Berdepan dengan kesulitan terutamanya pada awal saingan, malah tewas di tangan Liverpool dan Chelsea, Pellegrini tetap yakin dengan kemampuan dimiliki kesemua pemainnya.

“Saya perlu tenang dalam setiap perlawanan kerana saya perlu membuat keputusan yang penting. Sepanjang musim ini terlalu banyak kesulitan yang kami hadapi.

“Pemain juga sentiasa mempercayai apa yang saya perkatakan. Itu yang membuatkan saya memiliki pasukan yang kuat dan hebat,” katanya.

Kejayaan City pada kali ini begitu bermakna buat Pellegrini yang baru semusim bersama City.

Sejak menggantikan Roberto Mancini, pengendali yang berasal dari Chile itu turut membawa City menjulang Piala Liga, menumpaskan Sunderland, 3-1, pada 2 Mac lalu.

“Kami sudah menjulang dua piala musim ini dan kami tidak boleh ada rasa puas hati. Kami akan meraikannya dan selepas itu kami akan bersiap sedia untuk saingan musim hadapan.

“Meskipun saya agak kecewa kerana tersingkir dari Liga Juara-Juara di peringkat 16 pasukan terakhir tetapi itu bukan pengakhiran buat City. Kami akan terus berusaha musim hadapan,” katanya.

Musim ini menyaksikan City mencatatkan 27 kemenangan, lima seri dan enam tewas dengan merekodkan jumlah 86 mata, meninggalkan Liverpool ditangga kedua dengan perbezaan dua mata.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");