Perak Hari Ini

Dyana Sofya Akui Perlu Sokongan Pemimpin Lain Ketika Sidang Media

PERAK TODAY 7

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui beliau memerlukan sokongan pemimpin lain ketika sidang media kerana mendakwa banyak isu berada di luar pengetahuannya hingga gagal menjawab soalan yang ditanya para pemberita dengan baik.

“Saya memang memerlukan pemimpin lain duduk di tepi saya kerana banyak isu yang di luar pengetahuan saya,” katanya.

Beliau juga berkata, dalam sidang media, sememangnya terdapat pemimpin lain berada di sebelah.

“Saya rasa dalam mana-mana sidang media pun, tetap ada orang di sebelah untuk menyokong kita,” katanya lagi.

Beliau menyatakan bahawa semua kenyataan yang dibuat dalam apa-apa program adalah pendiriannya sendiri, bukan datangnya daripada pemimpin DAP.

“Seperti yang anda lihat atau dengar dalam ceramah dan sidang media sebelum ini, semuanya ditulis dan diungkapkan oleh saya sendiri, bukan daripada Lim Kit Siang,” katanya.

Beliau turut mengulas mengenai insiden mikrofon yang dipegangnya dirampas oleh Kit siang.

“Soalan yang ditanyakan oleh media tersebut adalah lebih baik dijawab oleh Kit Siang kerana saya tidak berada dalam situasi itu,” ulasnya.

Kenyataan beliau itu disokong oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Itu perkara biasa, bukan semua orang akan tahu 100 peratus soalan yang ditanya oleh media.

“Jadi, tujuan kita itu adalah untuk menjawab sesuatu yang benar, itu sahaja,” tambahnya.

Terdahulu, Dyana Sofya, Lim Kit Siang dan Khalid ditemui pemberita pada sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan DAP, dekat Bandar Baru Teluk Intan, petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");