Jenayah

Edar dadah: Wanita Mongolia dibebaskan

SHAH ALAM – Seorang wanita Monggolia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar 363.6 gram dadah, Jun, tahun lalu.

Hakim, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap Zalzoya Nagsagdorj, 26, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.

“Mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai pengetahuan terdapatnya dadah di dalam beg kertas yang diberikan oleh seorang lelaki yang dikenalinya,” katanya.

Akhtar dalam penghakimannya juga berkata, mahkamah turut mengambil kira latar belakang tertuduh.

“Tertuduh mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh yang tidak mungkin melakukan perbuatan itu. Dia juga seorang pelajar cemerlang dalam pelajarannya sama ada di Monggolia dan Malaysia,” katanya.

Zolzaya Natsagdorj, 26, didakwa mengedar 278.6 gram heroin serta 85 gram morphine di sebuah bilik beralamat 71, Jalan SS 15/2D Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Perbuatan itu dilakukan jam 1.30 pagi pada 26 Jun 2013.

Pendakwaan dikendalikan oleh Iswa Tonie mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati.

Zolzaya yang merupakan seorang pelajar di sebuah institut pengajian swasta diwakili peguam bela, La Gomez.

Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil membela diri sepanjang prosiding itu berlangsung.

Suasana hiba menyelubungi luar mahkamah apabila ahli keluarganya menyerbu dan memeluk Zolzaya sebaik sahaja dia keluar.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");