Sukan Hari Ini

Edros juara pecut Trek Asia Tenggara

edros

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal elit negara, Mohd Edros Md Yunos menjuarai acara pecut Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Trek Asia Tenggara 2014 di Velodrom Cheras di sini, semalam selepas mengalahkan Muhammad Shah Firdaus Shahrom Firdaus 2-0.

“Kemenangan ini menggembirakan saya terutama selepas bersaing dengan rakan senegara pada pusingan akhir,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan itu.

Mohd Edros turut memuji Muhammad Shah yang mempamerkan prestasi memberangsangkan walaupun baharu menyertai skuad elit. Pelumba elit negara, Josiah Ng pula berada di tempat keempat setelah ditewaskan pelumba dari pasukan Racing Colombo, Quentin Lafargue, 2-1.

“Saya bercadang untuk bersara, namun saya akan lihat prestasi saya selepas Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan datang terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");