Membawang Hari Ini

Elfira Loy jawab isu tidak berdisiplin

gambar elfira 1

“Memang saya tidak datang latihan banyak kali. Tapi sebelum terima tawaran berlakon, saya sudah cakap. Ada job lain tetapi mereka kata ok.

“Jadi persetujuan antara saya dan penerbit telah tercapai dan tidak timbul isu saya tidak berdisiplin apabila tidak datang latihan,”.

Tenang sahaja jawapan yang diberikan pelakon Elfira Loy apabila didakwa tidak berdisiplin dengan tidak hadir latihan teater Di Bawah Lindungan Kaabah sebelum ini.

Jelasnya pelakon berusia 20 tahun itu, dia hanya mengetahui isu tersebut di akhbar dan bukannya dimaklumkan menerusi pihak produksi, CTRA Production.

“Selepas timbul isu, saya datang latihan macam biasa dan tiada apa yang berlaku. Bagi saya, kalau pihak penerbit tidak cakap apa-apa, saya tidak peduli.

“Yang penting saya teruskan dengan latihan seperti dalam kontrak,” katanya yang ditemui selepas persembahan malam pertama teater tersebut baru-baru ini.

Elfira juga menegaskan dia sudah berada lapan tahun dalam industri dan ramai produksi yang pernah bekerja dengan dirinya tahu komitmen tingginya sebagai pelakon.

“Saya bermula dengan teater pada usia 12 tahun dan tahu susah senang berlakon teater ini. Sepanjang lapan tahun, tidak pernah timbul isu disiplin pun. Rasanya siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu macam mana komitmen saya,” katanya bersungguh.

Dia bagaimanapun mengaku terasa hati apabila ada orang dalam produksi menyampaikan cerita yang tidak berasaskan itu kepada pihak media.

“Hal dalam produksi tidak perlulah dihebohkan kepada orang luar. Saya rela digugurkan jika betul saya tidak berdisiplin tetapi sampai hari ini tidak ada pihak produksi yang bercakap dengan saya tentang isu tidak datang latihan.

“Jadi saya anggap apa yang berlaku hanya salah faham dan tidak perlu diperbesarkan lagi. Nasib baik ibu saya banyak beri kekuatan dengan memberi nasihat untuk bekerja secara professional,” katanya dengan raut wajah yang kesal.

Jelas Elfira, dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah, dia hanya berlakon dalam lima babak dan melontarkan satu dialog sahaja.

Justeru adakah wajar bagi dirinya datang latihan sebanyak 15 kali?.

“Pihak penerbit kata saya hanya perlu datang latihan maksimum hanya 10 kali tapi saya sudah datang 15 kali,” katanya menutup perbualan.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");