Sukan Hari Ini

Ferguson berkecuali

ferguson

LOUIS Van Gaal khabarnya akan menjawat posisi sebagai pengurus Manchester United selepas mendapat jaminan bahawa Sir Alex Ferguson tidak akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan kelab itu.

Menurut laporan The People, Van Gaal yang berusia 62 tahun itu takut dengan ‘kekuatan’ dan pengaruh Ferguson – pernah mencadangkan David Moyes selaku pengurus The Red Devils.

Ferguson dikatakan akan mengganggu perancangan beliau dalam usaha mengembalikan kejayaan United.

Bukan itu sahaja masa depan Ryan Giggs, Nicky Butt dan Paul Scholes dalam staf kejurulatihan masih terus diperbincangkan dalam peringkat rundingan kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, satu kenyataan berkata, wakil presiden Ed Woodward sudah memberikan jaminan peribadi  Van Gaal akan diangkat menjadi pengurus United dalam waktu terdekat.

Pun begitu, Van Gaal akan bersama Belanda terlebih dahulu untuk kejohanan Piala Dunia 2014 menentang Sepanyol di Brazil pada 13 Jun depan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");