Sukan Hari Ini

Gandingan mantap!

sharom

Kuala Lumpur: Gandingan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid dan Shahrom Abd Kalam di pertahanan tengah nyata membawa tuah buat Selangor yang membolehkan Merah Kuning menghuni tangga teratas Liga Super.

Malah pengendali Selangor Mehmet Durakovic turut memuji persembahan kedua-dua pemain yang mempamerkan aksi mantap mengekang dua penyerang berbisa Pahang, Matias Conti dan Dickson Nwakaeme ketika menumbangkan Tok Gajah di Stadium Darulmakmur, Sabtu lalu.

Gandingan itu berkemungkinan besar terus mendapat kepercayaan Durakovic dalam baki tujuh perlawanan Liga Super selepas pertahanan import dari Australia, Steve Pantelidis turut cemerlang apabila diletakkan di bahagian tengah bertahan.

Pertahanan tengah baru dari Brazil, Evaldo Silva Dos Santos yang ditandatangani Selangor ketika jendela perpindahan kedua dilanda kecederaan dan dibenarkan pulang ke Brazil selama sebulan sejak awal bulan lalu bagi menerima rawatan.

“Saya selesa bergandingan dengan Shahrom kerana kami mudah menegur antara satu sama lain andai ada kesilapan. Kami memahami bagaimana untuk menjalankan tugas masing-masing walaupun baru beberapa kali digandingkan,” kata Rizal Fahmi.

Selangor kini menghuni tangga teratas Liga Super dan berada pada landasan terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan dengan lima daripada tujuh baki perlawanan akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

“Paling penting setiap pemain perlu melakukan tugas diberikan dengan betul di setiap posisi bagi memastikan pasukan mantap, bukan hanya di posisi tertentu,” katanya.

Selangor yang kini mengumpul 31 mata, tiga mata mengatasi Pahang di kedudukan kedua, berpeluang menjarakkan kedudukan di puncak liga apabila menentang Sime Darby di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");