BINTANG Manchester United, Ryan Giggs difahamkan diberi peluang untuk membarisi skuad kejurulatihan bagi musim depan selepas melawat kediaman Louis van Gaal di Noordwijk, Belanda.
Selain itu, van Gaal yang semakin hampir menjadi pengendali utama United, turut menyertakan syarat iaitu Giggs tidak dibenarkan beraksi untuk The Red Devils kerana takut ia akan menjejaskan tugasan utama sebagai penolong jurulatih.
Walaupun Giggs belum membuat keputusan untuk tawaran daripada Van Gaal, namun jika dia menerima ini akan memberi kejutan yang amat besar sebagai warga Wales berminat untuk kekal di Old Trafford.
Sebelum ini Giggs telah menjalankan tugas sebagai pengendali sementara United bagi empat perlawanan terakhir dengan mencatatkan 50 peratus kemenangan.
-Sinar harian