Perak Hari Ini

Golongan Muda Mahu Mah Wakili Parlimen Teluk Intan

PERAK TODAY 6

Sokongan belia tidak dinafikan amat penting untuk memberi kemenangan kepada calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.

Oleh yang demikian, Pergerakan Belia 4B Teluk Intan menganjurkan program sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi terhadap calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong yang lebih dikenali dengan nama Brader Mah.

Pengerusinya, Saiful Adli Mohd Arshad berkata, anak muda di Teluk Intan mahu Mah menjadi pemimpin mereka.

“Ini adalah suara anak muda Teluk Intan yang mahukan Brader Mah untuk menjadi wakil kami di Parlimen,” katanya.

Saiful Adli turut mengecam kenyataan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang dalam ceramahnya mengatakan beliau ingin mewakili suara anak muda Teluk Intan.

“Kita berhadapan dengan seorang calon muda dan Melayu yang kononnya menawarkan diri untuk mewakili Parlimen Teluk Intan.

“Dan di sini, kami ingin menzahirkan dan memberitahu bahawa Dyana Sofya sebenarnya bukan mewakili suara anak muda Teluk Intan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, seorang belia dari cawangan Jalan Mahkamah Teluk Intan, Mohd Nazim Mohd Nasir berkata, calon BN tersebut merupakan seorang pemimpin yang memahami jiwa orang muda dan tidak mudah berputus asa meskipun menghadapi kekalahan.

“Walaupun nampak tua dari segi usia tetapi beliau mempunyai jiwa yang muda dan mampu memahami perasaan dan kehendak belia di sini.

“Mah juga berjiwa kental kerana walaupun mengalami kekalahan, beliau tetap memberi sumbangan kepada masyarakat di Teluk Intan terutamanya golongan belia,” tambahnya.

Selain itu, menurut Ikon Belia 4B Teluk Intan, Wan Alsyahilly Mior Zainuddin, belia harus bijak memilih pemimpin yang akan menerajui dan memimpin mereka.

“Sebagai rakyat Malaysia dan golongan belia, kita perlu bijak untuk memilih mana yang tulen atau tiruan.

“Dan kepada belia-belia di luar sana, mereka harus bijak menilai siapakah calon yang paling layak menjadi pemimpin kita,” ujar Wan lagi.

Beliau yang merupakan juruhebah di stesen radio PerakFM berkata, BN meletakkan seorang calon yang mempunyai banyak kelebihan.

“Brader Mah merupakan seorang pemimpin yang sangat berkaliber, penyayang, komitmen yang sangat tinggi dan walaupun berbangsa Cina, beliau mempunyai jiwa Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, program yang dinamakan Malam Suara Anak Muda, Saya Anak Malaysia dan juga Pelancaran Ikon Belia 4B Teluk Intan telah diadakan di Menara Condong Teluk Intan sebagai salah satu kempen untuk menunjukkan sokongan belia terhadap calon BN.

Program tersebut turut dihadiri oleh calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan turut disertai lebih 500 belia dari seluruh kawasan Parlimen Teluk Intan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");