Sukan Hari Ini

Hamilton, Rosberg makin tegang

HUBUNGAN Rosberg (kiri) dan Hamilton semakin tegang selepas menamatkan perlumbaan di Litar Monte Carlo, Monaco, Ahad lalu:-

LONDON – Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas, Toto Wolfff mengakui bahawa permusuhan antara Lewis Hamilton dan Nico Rosberg menjadi semakin rumit.

Wolff berkata, beliau perlu memberikan sokongan secara berterusan kepada Hamilton dan Rosberg supaya kedua-dua pemandu itu terus berlumba dalam perlumbaan kereta Formula Satu (F1).

Hamilton yakin Rosberg sengaja melakukan kesalahan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Monaco, Sabtu lalu bagi memastikan dia memperoleh petak hadapan pada perlumbaan di Litar Monte Carlo itu.

Situasi itu memberikan kelebihan kepada Rosberg untuk memenangi GP Monaco, sekali gus merampas kembali kedudukan selaku pendahulu dalam kategori pemandu daripada Hamilton.

Kedua-dua pemandu itu meningkatkan pelarasan enjin jentera masih-masing dalam perlumbaan baru-baru ini, sekali gus mengingkari arahan pasukan dalam usaha untuk mencatat kemenangan.

Wolff mengakui ‘ketegangan’ di garaj Mercedes telah tercetus sejak awal perlumbaan musim ini tetapi beliau yakin situasi itu akan diselesaikan tanpa menjejaskan sasaran pasukan untuk memenangi gelaran juara dunia bagi kategori pemandu dan pengeluar musim ini.

“Semuanya baik, ia cenderung untuk dipandang remeh.

“Kedua-dua pasukan menyedari bahawa mereka mempunyai peluang seumur hidup untuk memenangi kejuaraan dunia. Mereka memiliki kebolehan yang mampu untuk melakar kejayaan dan musuh utama mereka adalah rakan sepasukan.

“Sangat jelas apabila situasi itu menjadi semakin rumit tetapi saya rasa, kami berhutang dengan sukan ini untuk memastikan kedua-dua pemandu itu terus berlumba mengikut falsafah masing-masing.

“Kami seringkali berbincang. Kami telah melakukannya sepanjang hujung minggu lalu, kami turut melakukannya sebelum hujung minggu lalu dan kami telah melakukannya di Barcelona.

“Kadang-kadang ia mengejutkan berbanding situasi yang lain. Saya rasa, ia sesuatu yang normal dan difahami dan kami sangat menghormatinya,” kata Wolff.

– Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");