Membawang Hari Ini

Heliza kongsi penderitaan rakyat Syria

heliza 1

PENYANYI yang popular dengan lagu La Tahzan ini nampaknya sangat aktif menyertai misi-misi kemanusiaan dalam membantu umat Islam di negara Timur Tengah.

Terbaharu pemilik nama, Nur Heliza Helmi atau lebih mesra dipanggil Heliza ini menceritakan pengalamannya yang menyertai misi ke Syria anjuran ‘Muslim Care Malaysia Society’s’, pada pertengahan April lalu.

Mengakui sebak melihat penderitaan yang dialami oleh umat Islam di sana, Heliza, menyeru agar masyarakat Islam bersatu membantu meringankan beban rakyat Syria.

“Tujuan saya dan beberapa rakan artis yang lain (Salima Habibi) dan UNIC di Syria adalah untuk mengumpul dana dan melalui dana itu kita saluran bantuan kepada mereka.

“Sebaik saja sampai di sana saya sangat terkejut apabila melihatkan perkampungan pelarian mereka yang begitu daif sekali. Khemah yang menempatkan mereka bocor malah saluran air juga tercemar.

“Saya kasihankan mereka kerana menderita akibat peperangan. Kita sangat bersyukur kerana negara kita masih aman,” katanya yang sedih bila mengenangkan kedaifan mangsa peperangan di Syria.

Hijab dengan sempurna

Berkongsi mengenai ramai selebriti dan wanita di luar sana yang tampil membuat keputusan berhijab, Heliza berkata, pemakaian hijab juga harus sempurna dan mengikut syariat agama.

“Saya menyokong penuh kepada mereka yang memulakan langkah untuk berhijab. Kita perlu menyokong mereka.

“Pada permulaan ini penting memberikan motivasi kepada mereka, mengajar cara pemakaian yang betul.

“Kalau tak betul, kita perlu tegur mereka dengan cara yang berhemah,” katanya.

Beralih mengenai perkembangan seninya, penyanyi ini dalam proses untuk menyiapkan album solonya dan juga album yang berkolaborasi bersama dengan Salima Habibi.

“Saya dalam proses rakaman, dan merasakan kolaborasi ini adalah sesuatu perkembangan seni yang sihat,” katanya.

Selain itu, penyanyi kelahiran Terengganu ini juga aktif dalam pengacaraan yang dikelolakan menerusi rancangan SIS di TV9.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");