Berita Hari Ini

Hidu gam: Kerajaan teliti undang-undang baharu

undang2

MIRI – Kerajaan sedang meneliti model undang-undang yang dilaksana oleh Thailand dan Singapura berkaitan penyalahgunaan gam dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kesihatan individu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman.

Beliau berkata, ini bagi memastikan pelaksanaan undang-undang sedemikian di negara ini memenuhi matlamat tanpa menjejaskan aspek lain terutama ekonomi.

Walaupun cadangan mengharamkan hidu gam ini telah lama diutarakan iaitu sejak awal 1990-an, pelaksanaannya masih tertangguh kerana kerajaan perlu meneliti pelbagai aspek memandangkan penggunaan domestik yang tinggi, katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya kajian mendapati gam diguna dalam lebih 500 bahan domestik yang diguna seharian.

“Selain itu kerajaan mengambil kira aspek lain iaitu sudah ada kecendurangan menghidu najis seperti najis kambing,lembu dan ayam,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai judi dalam talian yang semakin membimbangkan di negeri ini, Wan Junaidi berkata polis sedang melaksanakan operasi besar-besaran di seluruh negeri.

Kebanyakan yang terlibat ialah remaja termasuk yang masih bersekolah, katanya.

Beliau turut berkata kerajaan mempertimbangkan sama ada menaik taraf bangunan Balai Polis Pusat Miri yang telah beroperasi selama 61 tahun atau membina bangunan baharu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");