Membawang Hari Ini

Hip Global: Marshanda sedia galas gelaran janda

marshanda

Walau menerima pelbagai maklum balas sebaik mengumumkan sudah mengemukakan hasrat untuk bercerai di Pengadilan Agama Jakarta Pusat, Marshanda bersedia menggalas gelaran ibu tunggal dan janda muda.

Bagi pelakon berusia 24 tahun itu, rumah tangga dengan Ben Kasyafani sudah tidak mampu diselamatkan, apatah lagi keputusan terbabit dilakukan hanya selepas berfikir panjang, bukan kerana emosi.

“Perselisihan terus menerus berlaku tanpa kami mampu selesaikan. Begitupun, ia bukan soal nafkah kerana Ben ketua keluarga bertanggungjawab.

Peminat terkejut

“Bagi saya, ia hanya membabitkan persefahaman. Saya sudah matang untuk membuat keputusan, malah yakin dapat memikul tugas sebagai ibu tunggal,” katanya.

Marshanda dan Ben bernikah pada usia 21 tahun pada 2 April 2011, dengan dikurniakan seorang anak. Berita perceraian itu mengejutkan ramai peminat kerana pasangan ini sentiasa kelihatan romantis.

Pelakon yang turut dikenali di Malaysia menerusi drama bersiri Bidadari ketika berusia belasan tahun itu dikhabarkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya sejak sebulan lalu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");