Berita Hari Ini

Hudud: DHPP boleh bantu Pas

hudud 5

KOTA BHARU – Pas Kota Bharu menyifatkan keputusan merombak kepimpinan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) adalah langkah yang tepat dan waktu dibuat waktu yang paling sesuai.

Ketua Pemudanya, Dr Rosli Allani Abd Kadir berkata, Pengerusi DHPP yang baru, N Balasubramaniam merupakan pemimpin yang mempunyai komitmen dan menyokong perlaksanaan syariat Islam di Kelantan.

“Kita ucapkan tahniah kepada beliau dan kepimpinan baru. Kita harap kepimpinan baru ini jalankan fungsinya selaku sayap Pas dekati masyarakat bukan Islam,” katanya.

Ilani berkata, pihaknya difahamkan kepimpinan baru ini membentuk pasukan dan membuat penerangan kepada masyarakat bukan Islam dalam isu perlaksanaan hudud dan merupakan langkah terbaik.

Dalam masa yang sama Pas Kota Bharu mengucapkan penghargaan kepada bekas ketuanya, Hu Phang Chaw yang telah memberi sumbangan yang besar kepada parti sebelum ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");