Kuala Lumpur: Usianya baru mencecah 15 tahun namun seorang remaja lelaki sudah terbabit dengan kegiatan haram apabila dia menjadi antara enam suspek utama dalam 11 kes pecah rumah di sekitar Cheras sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, kegiatan remaja itu tidak bertahan lama apabila dicekup polis pada 7 Mei lalu bersama tiga lagi individu di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, dekat sini.
Difahamkan, tangkapan itu dilakukan selepas polis menerima laporan kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan membabitkan kerugian sebanyak RM10,000.
Ujian air kencing juga didapati suspek positif dadah Methamphetamine.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, dengan tertangkapnya anggota kumpulan terbabit, polis berjaya menyelesaikan 11 kes pecah rumah di daerah berkenaan.
-Metro