Sukan Hari Ini

Impian 24 tahun tercalar

liverpool 2

LONDON: Harapan pasukan Liverpool tercalar apabila gagal mengukuhkan kedudukan 3 – 0 apabila pasukan Crystal Palace menyamakan kedudukan 3 – 3 disaat akhir perlawanan sekaligus boleh merosakkan harapan 24 tahun Liverpool bagi merangkul juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Liverpool hampiri kemenangan di awal perlawanan dengan tiga mata di atas Manchester City melalui jaringan Joe Ellen pada minit ke-18, Daniel Sturridge pada minit ke-53 dan Luiz Suarez pada minit ke-55.

Crystal Palace merobek gawang Liverpool dengan dua jaringan daripada Dwight gayle pada minit ke-79 dan 81 serta satu jaringan daripada Damien Delaney pada minit ke-88 sekaligus mengancam kedudukan Liverpool di takhta liga.

Kedudukan Liverpool kini 81 mata dan tinggal hanya satu lagi perlawanan manakala Manchester City memiliki 80 mata dengan dua perlawanan dalam genggaman.

Manchester City akan bertemu Aston Villa pada Rabu dan West Ham United pada Ahad, manakala Liverpool akan menentang Newcastle United pada Ahad ini.

– Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");