Membawang Hari Ini

Jaclyn Victor: Tunggu 12 Ogos!

jaclyn

PADA akhir Mac lalu, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengumumkan bakal berkahwin tidak lama lagi melalui akaun laman sosial miliknya, Instagram dan Facebook.

Begitu pun, sehingga kini, Jaclyn atau lebih mesra disapa sebagai Jac, enggan mengulas lanjut mengenai hal berkenaan termasuklah jejaka pilihannya itu.

Sebaliknya, penyanyi berusia 36 tahun itu memilih tarikh 12 Ogos depan untuk menjelaskan semua persoalan yang berbangkit.

“Tunggulah tarikh itu, semuanya saya akan jelaskan nanti. Pada tarikh itu nanti, saya sudah bersedia untuk menjawab segalanya, mungkin ia mengenai perkahwinan atau mungkin juga tidak,” katanya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Jac akan muncul sebagai artis undangan menerusi salah satu episod dalam sitkom popular Oh My English (OME) musim ketiga.

Walaupun hanya terlibat dalam satu episod, Jac sempat berkongsi pengalamannya sepanjang penglibatannya dalam sitkom popular itu.

“Saya kagum dengan disiplin dan semangat berkumpulan yang dimiliki oleh barisan pelakon rancangan berkenaan.

“Walaupun jangka masa penggambaran mengambil masa yang panjang tetapi setiap pelakon ada disiplin tinggi serta mereka sudah sedia maklum dengan karakter masing-masing,” katanya.

Selain Jac, artis lain yang turut membuat penampilan khas dalam OME adalah Faizal Hussein, Hans Isaac, Rashidi Ishak, Waris dan Bront Palare.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");