Berita Hari Ini

Jalinan hubungan Malaysia-China tindakan bijak

Nordin Idris melihat Pameran Bergambar- Persahabatan Abadi Malaysia-China di Kuala Lumpur:-

Hubungan baik yang terjalin di antara Malaysia-China sejak 40 tahun lalu telah memberikan pelbagai kelebihan kepada kedua-dua negara. Baik dari segi hubungan di peringkat kerajaan mahupun perdagangan.

Usaha gigih bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussien yang mahukan Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan China yang merupakan sebuah negara komunis ketika itu sudah lama membuahkan hasil.

Bagi bekas aide-de-camp Tun Abdul Razak, Datuk Nordin Idris berkata, hubungan yang terjalin sejak 1974 itu perlu terus disuburkan kerana ia memberi banyak keuntungan kepada negara.

Tambahan pula, China ketika ini merupakan salah sebuah kuasa besar di dunia terutamanya dari aspek perdagangan selain mempunyai penduduk teramai.

“Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia ada hubungan dengan China dan pada hari ini kita dapat melihat bahawa apa yang diusahakan oleh allahyarham telah membuahkan hasil,” katanya kepada media selepas menghadiri Pameran Bergambar- Persahabatan Abadi Malaysia-China yang dianjurkan sempena ulang tahun hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara di sini hari ini.

Pameran yang menampilkan lebih 200 gambar-gambar yang disusun pada mural sepanjang 80 kaki itu memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan perdana menteri kedua Malaysia itu semasa lawatan selama enam hari beliau ke China pada 1974.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");