Membawang Hari Ini

Jenazah Kartina Dahani selamat disemadikan

kartina dahani

SINGAPURA – Jenazah biduanita Kartina Dahari, 73, yang meninggal dunia semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Lim Chu Kang di sini, hari ini.

Allahyarhamah yang dikenali sebagai ratu keroncong itu menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Braddell Hills akibat penyakit barah pangkal rahim yang dihidapi semenjak 2010.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Ramai rakan-rakan termasuk peminatnya menziarahi jenazahnya di rumahnya sehingga ke majlis pengkebumian.

Beliau meninggalkan tiga orang anak, seorang perempuan dan dua lelaki; Adlin Adnan, Shah Reza dan Noor Indera, berusia antara 41 dan 51 tahun. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");