Perak Hari Ini

Jentera BN Tidak Guna Taktik Kotor: TPM

      Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan jentera Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyebaran gambar palsu calon DAP yang dikatakan berpakaian menjolok mata kerana perbuatan itu hanya mencemarkan nama baik dan kewibawaan calonnya, Datuk Mah Siew Keong.

“Pihak pembangkang tiada cara dan modal lain dan jika laporan polis telah dibuat, maka siasatan boleh dijalankan,” katanya.

Beliau turut menegaskan setiap tohmahan, fitnah serta tuduhan perlu berpandukan pada data dan fakta yang betul sebelum sebarang laporan polis dibuat mengenainya.

Sementara itu, beliau berkata jentera BN tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan pembangkangdan seharusnya bekerja keras dan menghargai setiap satu undi dalam pilihan raya tersebut,” katanya.

Tambah beliau lagi, tiap jentera dan komponen parti perlu mempergiatkan gerak kerja di semua kawasan yang telah ditetapkan.

“Pra syarat untuk kemenangan kali ini adalah kerjasama dan perpaduan daripada komponen parti yang telah dipersetujui dan dipegang selama ini,” ulasnya lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyifatkan corak berkempen BN dalam pilihan raya kecil ((PRK) Teluk Intan telah menunjukkan momentum yang baik, setakat ini.

Jelasnya lagi, proses berkempen telah berjalan dengan lancar namun masih perlu dipertingkatkan lagi usaha sehingga menjelang 31 Mei ini.

“Jentera parti sentiasa mengambil kira tentang respon pengundi mengenai kempen yang dijalankan selain penjelasan isu yang dibangkitkan oleh pembangkang,” katanya.

Jelasnya, proses berkempen tidak boleh dipandang mudah berikutan cabaran yang semakin hebat.

“Peluang BN adalah sama rata dengan pembangkang namun kita akan terus berusaha meningkatkan penguasaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Teluk Intan, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");