Jenayah

Jersi tiruan bernilai RM500,000 disita

Rosli (dua, kiri) bersama Ketua Operasi, Aswadi Jaafar (dua, kanan) menunjukkan jersi tiruan yang dirampas dalam serbuan, semalam:-

KUALA LUMPUR – Hasrat untuk mengaut untung sempena Piala Dunia 2014 gagal apabila jersi tiruan bernilai RM500,000 dirampas penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, semalam.

Timbalan Pengarahnya, Rosli Ahmad berkata, operasi jam 9.30 pagi itu dijalankan hasil risikan selama sebulan.

Menurutnya, pihaknya menyita sebanyak 50,000 helai jersi jenama tiruan seperti Nike, Adidas, Puma serta beberapa jenama jersi tempatan.

“Kita syak jersi ini akan diedar sebelum dan semasa pertandingan bola sepak Piala Dunia nanti di seluruh Malaysia.

“Siasatan juga mendapati pakaian ini diperoleh dari luar negara,” katanya kepada media, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis berusia 39 tahun turut ditahan.

Rosli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011. Sabit salah boleh didenda tidak lebih RM10,000 untuk sehelai jersi.

Beliau berkata, ini merupakan rampasan terbesar setakat tahun ini.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");