Membawang Hari Ini

Jodoh selepas 12 tahun

khadijah ibrahim

“Saya sangat gembira. Ini saat yang dinanti-nantikan selepas 12 tahun terputus hubungan,” kata anak sulung penyanyi popular era 70-an, Datuk Khadijah Ibrahim, Siti Hajar Aisyah Mohd Rashid, 32.

Hajar selamat diijab kabul bersama Amir Ridzuan Mohd Nasir, 35, di majlis akad nikah yang berlangsung di restoran milik ibu­nya di Setapak, baru-baru ini.

Pada majlis perkahwinan ringkas itu, Hajar menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Kegembiraan jelas kelihatan terpancar di wajah Hajar selepas hubungan dengan Amir terputus kerana mengikuti haluan hidup masing-masing, tetapi tetap diakhiri di jenjang pelamin.

“Saya pernah menjalin hubungan dengan Amir, namun jodoh bukan milik kami. Selepas berpisah, saya berkahwin dengan bekas suami dan dia juga mendirikan rumah tangga,” kata­nya.

Menurutnya, selepas lebih 12 tahun, dia dan Amir bertemu semula ketika menghadiri majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) pada hujung tahun lalu.

“Pertemuan itu memang tidak dijangka, saya bertembung dengan Amir yang bekerja sebagai pembantu peribadi penyanyi Zainalabidin.

“Ketika itu, barulah kami tahu mengenai kisah hidup yang pernah gagal dalam perkahwinan,” katanya.

Bimbang mereka terpisah lagi, Hajar berkata, Amir kemudian bertemu dengan keluarganya untuk meminta izin berkahwin.

Hajar pernah dua kali berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Khayra Alliya, 9, dan Mohd Afrayn Afrizal, 8, dengan bekas suami pertama.

Dia juga dikurniakan dengan seorang lagi anak ‘segera’ iaitu Mariam, 6, anak perempuan Amir.

“Sekiranya ada rezeki, saya mahu menimang seorang lagi cahaya mata,” katanya yang juga adalah penyanyi.

Sementara itu, Khadijah atau lebih dikenali sebagai Khaty berkata, majlis pernikahan anaknya yang dihadiri lebih 300 tetamu cukup bermakna baginya.

“Sebagai ibu, saya bersyukur kerana akhirnya anak ditemukan jodoh selepas dua kali perkahwinan­nya gagal.

“Perkahwinan Hajar dengan Amir direstui kami sekeluarga dan secara tidak langsung kurniakan seorang lagi cucu iaitu Mariam, anak Amir.

“Kehadiran Mariam menambahkan lagi keceriaan keluarga kami lebih-lebih lagi bagi dua anak Hajar,” katanya.

Walaupun majlis akad nikah pasangan itu ringkas, suasananya cukup meriah dengan kehadiran rakan, ahli keluarga dan artis.

Artis yang hadir adalah Zainalabidin, Zaiton Sameon, Datuk Dr Ahmad Nawab , Nash, Sophia Ibrahim, Datuk Malek Ridhwan, Hasnol, Faizal Hussein dan Fairuz Hussein.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");