Membawang Hari Ini

Karl Shafek Minta Video Siang Ikan Tidak Jadi Isu

karl shafek

PETALING JAYA: Pelakon Karl Shafek berharap tidak ada pihak mensensasikan isu rakaman video ikan hidup disiang yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Karl Shafek atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 34, berasa terkejut apabila video tersebut menjadi sensitif kepada segelintir pihak yang menyifatkan rakaman itu menunjukkan seseorang itu kejam kerana menyiang ikan yang masih hidup tanpa memastikan ia mati terlebih dahulu.

“Sebenarnya saya cuma nak tunjuk cara nak masak ikan yang segar sebab itu saya mengeluarkan rakaman video tersebut di Instagram.

“Tak sangka pula ia menjadi sensitif kepada segelintir peminat sedangkan ia merupakan perkara biasa dalam menyiang ikan segar. Ikan itu disiang oleh makcik saya yang menjual ikan patin. Saya hanya merakamkan video.

“Saya harap perkara ini tidak disensasikan kerana ia sekadar video biasa,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Isnin.

-mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");