Jenayah

Kawasan sempadan Thai selamat

MD ANIZAM

KOTA BHARU – Pengeboman yang berlaku di Selatan Thailand tidak menjejaskan pelancongan di Kelantan, malah rakyat dijamin selamat berkunjung ke kawasan bersempadan dengan negara tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, beberapa kawasan sempadan seperti di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga selamat dikunjungi.

“Pengeboman itu tidak berlaku di Malaysia, sebaliknya di sempadan Thailand iaitu di Tak Bai dan Golok, jadi ia tidak mengganggu keselamatan di kawasan sempadan termasuk Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.

“Kekecohan ini biasanya berlaku ketika pilihan raya di Thailand dan situasi ini jarang berlaku, biasanya dua hingga tiga bulan sekali dan tidak menjejaskan pelancong domestik dan luar negara,” katanya kepada media selepas sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Kelmarin, sekurang-kurangnya dua maut dan sembilan lagi cedera apabila Selatan Thailand digegarkan dengan siri serangan bom kira-kira 7.30 malam kelmarin (waktu tempatan) apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Bagaimanapun Md Anizam berkata, rakyat Kelantan dinasihatkan supaya tidak ke kawasan sempadan Thailand termasuk ke Golok bagi mengelak sebarang kemalangan maut.

“Dalam situasi sebegini, rakyat dinasihatkan lebih berhati-hati sebelum ke Selatan Thailand, perlu mengetahui perkembangan semasa daripada pihak berkuasa seperti polis, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan tentera di sempadan.

“Jika situasi tidak mengizinkan dan perlu penangguhan, tangguhlah dahulu dan belilah barang di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pengkalan Kubor, lagipun nilai mata wang di sana lebih tinggi berbanding negara kita,” katanya.

Katanya, sehingga kini, Rantau Panjang masih menjadi lokasi pelancongan membeli-belah yang pertama oleh pelancong dan pengunjung luar terutama semasa cuti sekolah dan cuti hujung minggu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");