Membawang Hari Ini

Kemampuan dalam lakonan terbukti

shima anuar

Bakatnya semakin mendapat perhatian ramai, sejak beraksi dalam filem ‘box office’, Highland Towers garapan Pierre Andre pada tahun lalu.

Malah, ramai produser dan pengarah sudah mula perasan kehadiran pelakon muda berbakat besar, Shima Anuar, 22, di persada hiburan tanah air.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar, Noor Hashimah Anuar, 23, mengakui dia tidak mahu hanyut dibuai dunia glamor yang hanya sementara itu.

“Saya menceburi bidang seni kerana minat mendalam dan mempertaruhkan bakat sedia ada.

“Bagi saya, soal glamor dan populariti jatuh nombor dua. Apa yang penting, orang kenal menerusi bakat dalam bidang lakonan. Biarlah tidak popular, tapi lakonan saya meninggalkan impak mendalam pada penonton”.

“Contohnya, watak saya dirasuk dalam filem Highland Towers. Ramai yang tidak percaya saya mampu melakonkan watak sedemikian hingga beri impak pada penonton.

“Selepas Highland Towers, saya juga tidak menang tangan memenuhi undangan berlakon drama dan filem seperti drama bersiri 13 episod Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor dan genre romantik komedi Awak Nak Kahwin Dengan Saya yang keduanya arahan Eyra Rahman.

“Selain itu filem genre seram Kelibat, Nasi Kangkang dan filem Cina, Glorifying Love,” katanya.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");