Perak Hari Ini

Kempen Hari Ketiga PRK Teluk Intan Berjalan Lancar

PERAKTODAY16

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang masuk hari ketiga hari ini berlangsung dalam suasana tenang dan aman, bertepatan dengan semangat serta amalan demokrasi yang dipraktikkan di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata jentera BN sentiasa mempromosikan calonnya untuk bertanding dengan cara yang berhemah tanpa menimbulkan sebarang konflik atau mengkritik pihak lawan dengan sewenang-wenangnya.

“Biarpun timbul pelbagai isu seperti calon kitar semula, calon BN, Datuk Mah Siew Keong perlu diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di kerusi Parlimen Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat gerakan dan pusat daerah mengundi Kampung Baru Ayer Hitam, petang tadi.

Turut mengiringinya, calon BN, Siew Keong, exco Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan dan Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang.

Tambahnya lagi, pendekatan yang mesra dan tidak terburu-buru sangat penting untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Teluk Intan.

“Jika dikumpul keseluruhan ahli semua parti komponen, pastinya jumlah tersebut mampu memberi kemenangan kepada calon BN,” jelasnya lagi.

Ujar Zambry, kawasan bandar dan luar bandar mempunyai masalah yang berbeza untuk diselesaikan oleh pihak kerajaan.

“BN tidak pernah membezakan jantina, kaum, bukan Islam atau Islam kerana ia tidak digunakan dalam proses mempromosikan calon kita,” katanya.

Tambah Zambry lagi, Teluk Intan terbahagi kepada kawasan bandar dan luar bandar yang tidak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan daerah lain di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");