Perak Hari Ini

Kerajaan Komited Martabat Profesion Perguruan Sebagai Pilihan Utama

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan sentiasa memberi penekanan khusus dan mengatur pelbagai dasar untuk memartabatkan profesion perguruan di negara ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memartabatkan profesion perguruan dan menjadikan bidang ini sebagai salah satu pilihan kerjaya utama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Ramah Mesra warga pendidik bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Majlis perjumpaan bersama warga pendidikan ini juga dianjurkan bersempena sambutan Hari Guru 2014.

Tambah beliau lagi, pelbagai langkah diambil secara berterusan untuk meningkatkan martabat para guru supaya dihormati oleh semua peringkat masyarakat dan juga kerajaan.

“Langkah seperti kenaikan pangkat dan elaun khas merupakan antara pendekatan yang diambil kerajaan,” katanya lagi.

Beliau turut menasihati para pendidik supaya memahami dasar yang dilaksanakan supaya ia jelas dan berkeupayaan untuk disebarkan kepada semua lapisan masyarakat.

“Kejayaan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 6.2 peratus pada suku pertama tahun 2014 adalah bukti pelaksanaan dasar yang berhasil kini,” katanya.

Sementara itu juga beliau turut mengambil kesempatan memperjelaskan pelaksanaan Goods and Services Tax (GST) yang bukannya bertujuan untuk membebankan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");