Jenayah

Kereta rempuh ‘perut’ kapal terbang

terlanggar 1

Sepang: Sebuah kereta Perodua Viva milik vendor Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian perut pesawat B737-800 milik Malaysia Airlines (MAS) yang diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini menyebabkan penerbangan MH740/741 ke Yangon, Myanmar itu ditunda selama 40 minit, pagi semalam.

Pengarah Operasi MAS Kapten Izham Ismail berkata, jurutera MAS segera ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan awal dan mendapati tiada kerosakan serius yang boleh mendatangkan risiko terhadap struktur pesawat.

“Bagaimanapun, pesawat itu tidak dibenarkan berlepas agar pemeriksaan lebih lanjut dapat dilakukan,” katanya kenyataan dikeluarkan MAS petang semalam.

Akibat kejadian itu, penerbangan MAS MH740/741 yang dijadual berlepas jam 10.05 pagi terpaksa ditunda manakala penumpang dipindahkan ke penerbangan seterusnya 40 minit kemudian.

Izham menegaskan keselamatan penumpang MAS sentiasa menjadi keutamaan manakala pemandu kereta jenis Perodua Viva berkenaan diambil tindakan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");