Berita Hari Ini

Kreativiti ‘saintis’ kopi

kopi

Cheras: Bermula dengan kerja separuh masa di sebuah kafe kopi moden, seorang graduan teknologi kimia kini pakar panggang kopi.

Semuanya bermula pada 1998 ketika zaman kegawatan ekonomi, apabila Rozman Haron, 40, memberanikan diri bekerja di Kafe San Francisco yang baru dibuka di Bukit Bintang.

“Saya hanya bermula sebagai pembancuh kopi tanpa ada keinginan untuk mendalami ilmu kopi.

“Ketika itu, pandangan saya sama seperti orang lain iaitu semua kopi mempunyai rasa sama,” katanya ketika ditemui di sini.

Rozman berkata, sekitar awal 2002, dia rasakan aroma kopi semakin dekat dengannya.

“Apabila membancuh kopi, saya mempunyai perasaan untuk menjadi lebih dekat dengan peminum kopi.

“Semuanya bermula apabila seorang pelanggan memuji kelazatan kopi yang saya hidangkan,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, peluang datang bergolek apabila pakar panggang kopi di syarikatnya berhenti kerja.

“Saya percaya kepada naluri saya, lantas menawarkan diri untuk menggantikan tempatnya.

“Pihak syarikat kemudiannya bersetuju dan menghantar saya untuk mengambil kursus,” katanya.

Ditanya bagaimana seorang pakar sepertinya memilih biji kopi untuk menghasilkan aroma terbaik, Rozman berkata, seseorang sepertinya perlu menjadi ‘saintis’ dan berfikiran kreatif.

“Setiap sebiji kopi mempunyai sekurang-kurang 800 aroma yang boleh dikeluarkan, semua bergantung pada diri masing-masing untuk mengeluarkan aroma tersendiri.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");