Membawang Hari Ini

Mak Mah, Al-Fatah selamat diijab kabul

mak mah

Klang: Hampir sebulan mengikat tali pertunangan, pelakon veteran, Ruminah Sidek, 68, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Al-Fatah Rahim Ismail, 70, pada majlis akad nikah di kediaman keluarganya di Meru, di sini, pagi semalam.

Pasangan berkenaan selamat dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As-Syarif, Meru, Mohd Jani Sarman dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan, Mohd Zainal Sidek, sekitar jam 9.20 pagi.

Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, menerima mas kahwin RM300, selain tujuh dulang hantaran berupa kek, senaskhah al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, sebotol minuman jenama Twister dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran termasuk set wangian, kek, tepak sirih, pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis resepsi dan persandingan turut diadakan semalam di kediaman keluarganya.

Tak sangka bertemu jodoh

Mak Mah yang ditemui selepas selesai majlis akad nikah melahirkan rasa gembira dan kesyukuran dengan pernikahan itu dan tidak menyangka dalam usianya kini, beliau masih mempunyai jodoh dengan seseorang.

Beliau berkenalan dengan Al-Fatah ketika bersama-sama mengerjakan umrah sekitar Mac lalu.

“Perasaan saya gembira dan bersyukur yang tidak terhingga kerana masih memberi jodoh kepada saya dengan pernikahan kali ini.

“Tiada apa yang saya harapkan dengan pernikahan ini, melainkan suami menjaga saya dan juga melalui perkahwinan ini menjadikan kami saling melengkapi,” katanya yang mengenakan persalinan berwarna krim pada majlis akad nikah.

Sementara itu, Al-Fatah yang juga seorang peneroka di FELDA Jelai, Negeri Sembilan, berkata dia tidak pernah menghalang pembabitan Mak Mah dalam lakonan selepas ini.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");