Berita Hari Ini

Malaysia catat peningkatan penyakit tak berjangkit

JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan akan terus mempergiatkan kempen besar-besaran bagi mengubah cara hidup rakyat di negara ini bagi mengatasi penyakit tidak berjangkit.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, peningkatan penyakit tidak berjangkit adalah paling tinggi di Asia dan Malaysia seperti penyakit diabetes, dan psikiatri di kalangan kanak-kanak serta remaja.

“Kementerian kini menghadapi cabaran yang sukar untuk berhadapan dengan langkah-langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dan pastinya memerlukan kerjasama daripada agensi yang lain untuk menyokong usaha ini,” katanya ketika ditemui di majlis makan malam Persatuan Perubatan Malaysia, di sini malam tadi.

Turut berangkat hadir Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan isteri, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Subramaniam berkata kementeriannya akan memberi fokus kepada kempen cara hidup sihat kepada masyarakat kerana ia merupakan satu daripada punca utama penyakit tidak berjangkit ini senang dihidapi pada masa kini.

“Jika ia membuahkan hasil, kita akan dapat mengurangkan penyakit berisiko tinggi ini yang berkait rapat dengan cara hidup mereka dan berharap mereka juga mempunyai kesedaran yang tinggi dari aspek penjagaan kesihatan,” kata beliau.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");