Membawang Hari Ini

‘Masih sayang, rindu’

fiza dan adam

Kuala Lumpur: “Saya tak menolak kalau betul kata ada jodoh, amin. Kami cuma berdoa saja,” kata pelakon Fiza Halim berhubung kemungkinan dia dan bekas suami, penyanyi dan pelakon Adam AF2 akan bernikah semula pada masa akan datang.

Difahamkan, pasangan itu masih berkawan baik dan saling berhubung antara satu sama lain, sekali gus menimbulkan ura-ura mereka cuba memperbaiki kesilapan masing-masing ketika berkahwin sebelum ini.

Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, dia tidak menolak kemungkinan itu kerana dia dan Adam tidak pernah bermusuhan selepas bercerai.

“Senang cerita macam inilah, benda yang terjadi (perceraian) adalah disebabkan oleh keadaan yang kami pun tak tahu apa (sebenar) yang terjadi ketika itu.

“Tak ada perselisihan faham atau gaduh. Antara kami masih berhubung dan selalu bertanya khabar.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");