Perak Hari Ini

Mat Sabu Label UMNO Parti Perkauman

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan lantang melabelkan UMNO sebagai sebuah parti perkauman yang terus bertahan sehingga kini disebabkan oleh pegangan tersebut.

Katanya lagi, isu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) juga turut dijadikan agenda UMNO untuk menjatuhkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Jika Dyana Sofya ahli PERKASA, seharusnya ahli UMNO pun menyokongnya kerana beliau menyokong perjuangan Melayu,” katanya.

Beliau dengan angkuh berkata, menyamakan parti DAP sebagai sebuah parti perkauman adalah perbuatan yang cukup memalukan.

Sementara itu juga, Mat Sabu juga berkata tindakan penyokong UMNO yang merempuh dewan undangan negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini sebagai tindakan ala samseng.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO seharusnya bangun menentang kenyataan itu tetapi membenarkan pula sekumpulan samseng menyerang dewan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut merupakan perbuatan biadap dan samseng yang dilakukan oleh penyokong UMNO dan BN.

“Perbuatan itu tak boleh diterima dan jika ini politik Malaysia, ia pastinya akan menghadapi kehancuran,” katanya semasa menyampaikan ceramah sempena kempen Pilihan raya kecil Teluk Intan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");