Jenayah

Mati ziarah orang mati

kemalangan 4

Georgetown: Seorang lelaki warga emas tidak sempat menghadiri pengebumian rakannya apabila dia maut akibat serangan jantung ketika menunggang motosikal di Jalan Magazine, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 11 pagi itu, Davinder Singh, 76, maut di lokasi kejadian apabila terjatuh dari motosikalnya dan turut mengalami kecederaan di kepala akibat terhentak di atas jalan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghadiri upacara pengebumian rakannya di Jalan Gudwara yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi dia terjatuh.

Rakan mangsa yang ditemui di lokasi kejadian, Sohan Singh, 60-an, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat berita mangsa terjatuh dari motosikalnya.

“Saya ketika itu berada di rumah rakan untuk menghadiri upacara pengebumiannya dan dikejutkan pula dengan kematian mangsa yang terjatuh dari motosikal.

“Setahu saya, rakan yang terjatuh dari motosikal itu memang mempunyai masalah jantung dan dia mungkin diserang penyakitnya hingga membuatkan dia terjatuh dan kepalanya terhentak pada jalan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata, mangsa menunggang motosikal seorang diri dan hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh.

“Akibatnya, kepala lelaki itu terhentak di atas jalan dan setakat ini polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.

“Ini kerana selain kecederaan kepala dialaminya, mangsa didakwa mempunyai penyakit jantung dan kami tidak menolak kemungkinan kematiannya itu berpunca daripada serangan jantung,” katanya.

Menurutnya, mangsa berasal dari Taman Aman, Butterworth, dan mayatnya sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");