Jenayah

Mayat bayi dalam beg dihurung semut

bayi

Kota Bharu: “Saya sedang meletakkan kereta di kawasan berdekatan apabila seorang penduduk memanggil dan beritahu dia ternampak bayi di kawasan tali air.

“Kami bergegas ke sana dan saya terkejut melihat mayat bayi yang cukup sifat itu berada dalam beg kain dan paling menyedihkan semut mula menghurungnya,” kata Rosirah Zulkifli, 27, antara penduduk terawal menemui mayat bayi lelaki di kawasan tali air dekat Jalan Dusun Muda, di sini, malam kelmarin.

Rosirah berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, dia mahu meletakkan keretanya di kawasan berdekatan seperti biasa sebelum berjalan kaki ke rumahnya di Jalan Dusun Muda.

“Ketika hendak menutup pintu kereta, seorang lelaki juga penduduk di sini, memanggil saya dan beritahu dia terjumpa bayi ketika memotong rumput di kawasan tali air.

“Saya memberanikan diri ke tempat kejadian untuk melihat sendiri bayi itu dan ketika dalam keadaan panik itu saya membuat panggilan kecemasan ke talian 999 dan menunggu anggota polis tiba.

“Memandangkan bayi itu diletak dalam beg kain, saya hanya dapat melihat mukanya,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di sini, kelmarin.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu pada 7.30 malam.

Katanya, hasil siasatan awal dan temu bual dengan saksi, mereka nampak seseorang berjubah hitam dan bertudung merah berjalan sekitar kawasan berkenaan sambil memeluk sesuatu dua jam sebelum kejadian.

“Mereka mendakwa terlihat seseorang yang mencurigakan sekitar jam 5.30 petang dan berdasarkan laporan bedah siasat, bayi terbabit dipercayai dilahirkan secara normal tengah hari kelmarin, serta tidak mengalami kecacatan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");