Jenayah

Menagih tiga jenis dadah

menagih 3 dadah

KOTA BHARU – Seorang mekanik didenda RM2,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menagih tiga jenis dadah, tahun lalu.

Mohd Faris Mohamed, 29, didakwa menagih tiga jenis dadah iaitu metamphetamine, amphetamine dan codeine pada jam 12.45 pagi, 27 September lalu.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu supaya hukumannya dikurangkan berikutan dia sudah insaf dengan kesalahannya itu, namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Liyana Md Zukri memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh.

Majistret, Nik Habri Muhamad kemudian mengarahkan tertuduh menjelaskan denda itu atau hukuman penjara empat bulan akan menyusul. Tertuduh turut dikenakan perintah pengawasan selama dua tahun.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh ditahan dalam serbuan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini.

Spesimen urin tertuduh yang dihantar ke Jabatan Kimia, di sini, mendapati tertuduh positif ketiga-tiga dadah berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");