Berita Hari Ini

MH370: Malaysia-China hasil hubungan global baharu

KUALA LUMPUR – Kerjasama Malaysia dan China dalam usaha mencari MH370 menghasilkan model baharu dalam hubungan global, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa saya bertanggungjawab dalam mencari MH370. Saya benar-benar yakin bahawa ada sebab sesuatu itu berlaku dan ia merupakan satu perjalanan penuh emosi buat saya, ketika menempuh tragedi yang menimpa MH370.

“Perjalanan yang penuh emosi itu juga mempunyai ikatan yang amat kuat dengan China dan rakyatnya. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 40 tahun. Ia sesuatu yang signifikan bagi saya (kerana) saya sudah berjanji dengan keluarga para penumpang yang hilang itu bahawa saya akan datang ke sini dan berbincang dengan mereka,” katanya ketika ditemu bual pengacara CCTV News, James Chau di Beijing, semalam.

Ketika China dan Malaysia meraikan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, Hishammuddin berkata, secara peribadi, hubungan itu memberi banyak makna kepadanya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan hubungan itu dibina oleh para pemimpin terdahulu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");