Isu Panas
Like

Minta maaf atau berdepan saman – PCM

May 21, 2014
171 Views
0 Comments
2 minutes read
Minta maaf atau berdepan saman – PCM

Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Datuk Huan Cheng Guan hari ini bercadang untuk menyaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai, kerana menuduh beliau tidak pernah menjaga kebajikan sekolah vernakular Cina dan sekolah kebangsaan ketika berstatus Ahli Parlimen Batu Kawan.

Cheng Guan yang merupakan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) turut mendesak Hon Wai supaya memohon maaf secara terbuka atas tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap beliau ketika sedang bertanding dalam merebut kerusi Bukit Gelugor.

“Dia (Hon Wai) menuduh macam-macam tanpa bukti bahawa saya tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada mana-mana sekolah Cina dan sekolah kebangsaan di kawasan Parlimen Batu Kawan ketika menjadi wakil rakyat di situ.

“Untuk pengetahuan semua, semua tuduhan itu adalah tidak benar dan amat mengecewakan saya.

“Sewaktu saya berstatus wakil rakyat di Batu Kawan saya telah menghulurkan banyak bantuan kewangan kepada sekolah Cina dan sekolah kebangsaan secara amnya untuk pelbagai kebajikan.

“Saya juga meneruskan usaha murni itu menggunakan pendapatan sendiri walaupun tidak berstatus wakil rakyat sehingga kini dan terbaharu saya berjanji untuk menghulurkan dana sebanyak RM5juta kepada sebuah sekolah Cina di Air Itam jika menang PRK ini,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Bilik Gerakannya di Jalan Air Itam di sini.

Malah beliau turut mencabar Hon Wai yang juga setiausaha akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang supaya membuktikan berapa banyak sekolah Cina yang dihulurkan bantuan oleh beliau ketika ini.

“Dia (Hon Wai ) tidak berani mendedahkan berapa sekolah yang dia bantu setakat ini kerana saya difahamkan bantuan RM250,000 yang dijanjikan dua tahun lepas kepada sebuah sekolah di Air Itam hanya disampaikan baru-baru ini, dan ini sebenarnya sangat memalukan.

“Saya memberi tempoh sehingga Sabtu ini untuk Hon Wai memohon maaf secara terbuka kepada saya atas segala dakwaan tidak berasas yang dilemparkan sekiranya gagal, beliau akan berdepan tindakan saman mahkamah.

“Saya akan merujuk dan berbincang bersama peguam saya untuk tindakan susulan berhubung isu ini,” jelasnya.

– MalaysiaGazette.

Komen & Pendapat

Leave a Reply