Membawang Hari Ini
Like

‘Miranda’ & ‘Romi Cinta Julia’ Sampai Kemuncaknya!

May 21, 2014
246 Views
0 Comments
2 minutes read
‘Miranda’ & ‘Romi Cinta Julia’ Sampai Kemuncaknya!

Minggu ini peminat setia drama bersiri ‘Miranda’ dan ‘Romi Cinta Julia’ bakal mengetahui kesudahan dua drama popular di TV3 ini selepas bersiaran hampir tiga bulan.

Dalam episod ke-15 ini, Miranda (Fasha Sandha) dan Ammar (Dazrin Kamaruddin) masih dalam keadaan kritikal setelah ditembak oleh Izwan. Sementara itu, Jamilah menemui bungkusan yang mengandungi bahan sihir yang digunakan oleh Fezrul untuk mengikat Miranda. Jamilah memberitahu Datuk Shukri dan beliau berusaha untuk membebaskan Miranda dari ilmu sihir itu. Bungkusan sihir itu diberikan kepada ustaz untuk memulihkan Miranda.

Pada masa yang sama, keadaan Ammar mula sedar dari koma. Datuk Shukri gembira melihat keadaan mereka yang semakin pulih. Selepas kejadian yang hampir meragut nyawa, Ammar dan Miranda nekad untuk hidup bersama. Namun, Datuk Shukri mendedahkan siapa Miranda dan Ammar. Adakah Miranda dan Ammar sebenarnya adik beradik kandung? Dapatkah mereka berdua menikmati kebahagiaan untuk hidup bersama?

Berbeza pula dengan jalan cerita ‘Romi Cinta Julia’, dalam episod akhir ini, Jeff (Aidil Aziz) bertemu Julia untuk memohon maaf dan Jeff juga membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah meniduri Julia. Julia bersyukur kerana anaknya itu adalah dari darah daging Romi. Namun, segalanya sudah terlambat kerana Romi telah pun menceraikannya.

Sementara itu, Romi cuba memujuk Julia untuk kembali rujuk kepadanya setelah mendapat tahu kebenaran tentang Julia dan anaknya itu. Bagaimanapun, Julia berkeras hati untuk menjauhkan diri dari Romi. Julia merasakan dirinya tidak layak untuk suami yang sebaik Romi. Berjayakah Romi melembutkan hati Julia untuk kembali menjadi isterinya setelah Romi membuat keputusan untuk berkahwin dengan Suzana sebelum ini?

Bagi penonton dan peminat setia ‘Miranda’, jangan lupa saksikan episod kemuncak ini pada hari Rabu, 21 Mei 2014 pukul 9.00 malam manakala drama ‘Romi Cinta Julia’ pada hari Khamis, 22 Mei 2014 pukul 9.00 malam! Bagi penonton yang terlepas menyaksikan drama siri ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

– Media Hiburan

Komen & Pendapat

Leave a Reply