Pekan: Ekonomi negara yang berkembang 6.2 peratus pada suku pertama tahun 2014 adalah bukti kebanyakan dasar yang dilaksanakan kerajaan mula menunjukkan hasil, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan memastikan momentum agenda Program Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat diteruskan bagi kesejahteraan rakyat.
Katanya, ia termasuk memantapkan sistem pendidikan vokasional seperti Kolej Komuniti supaya lebih ramai rakyat dapat memiliki kemahiran, termasuk pengkhususan bagi membantu mewujudkan sumber manusia terlatih pada masa akan datang.
Cabaran sistem pendidikan
“Ini penting supaya kumpulan tenaga kerja dapat meningkatkan kemahiran sedia ada, selain mempelajari kemahiran baharu bagi mengelak daripada ketinggalan zaman kerana teknologi berubah dengan pantas.
-Berita Harian