Sukan Hari Ini

Mourinho penuh alasan


Mourinho (kanan) cuba mempengaruhi pembantu pengadil pada perlawanan menentang Norwich, awal pagi semalam:-

SEPERTI biasa, Jose Mourinho akan tampil dengan alasan penyedap hati andai pasukannya keciciran mata.

Pelbagai alasan ‘itu dan ini’ dikeluarkan bagi mengkritik pasukan lawan mahupun pengadil perlawanan.

Buktinya, sekali lagi Mourinho mengkritik corak permainan Norwich City yang tampil bertahan sehingga The Blues hanya meraih satu mata selepas perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, awal pagi semalam.

Jelas pengurus dari Portugal itu, pada aksi di Stamford Bridge, Norwich digambarkan bermain bukan untuk meraih kemenangan.

“Saya melihat satu pasukan menginginkan kemenangan manakala satu pasukan lagi sebaliknya.

“Saya terkejut dengan taktik Norwich. Kami melalui satu perlawanan yang gila,” katanya.

Mourinho sebelum ini pernah ‘memuji’ pengadil perlawanan ketika Chelsea tewas, 2-1, juga di halaman sendiri menentang Sunderland, 20 April lalu.

Ketika tewas, 1-0 ditangan Crystal Palace pada 39 Mac lalu, Mourinho mengatakan perlawanan itu hanya dimainkan 11 pemain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");