Perak Hari Ini

Najib, Rosmah Beri Penghormatan Terakhir Kepada Sultan Perak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi tiba di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dilihat memasuki kawasan istana pada jam 8.50 pagi.

Jenazah baginda disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah bagi penghormatan terakhir daripada para pembesar negeri, kerabat diraja dan juga rakyat jelata.

Sementara itu, situasi di Istana Iskandariah terkawal dan kelihatan pasukan keselamatan bertugas untuk mengawal keadaan.

Keadaan dijangka bertambah sibuk apabila rakyat jelata dibenarkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah dari jam 9 hingga 11.30 pagi ini.

Perkhidmatan bas turut disediakan dari SMK Clifford untuk memudahkan rakyat jelata memberi penghormatan terakhir kepada kepada baginda.

Jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");