Membawang Hari Ini

Nur Falisha: Hati terpaut bidang lakonan

nur

Tubuhnya genit dan perwatakan yang keanak-anakan, siapa menyangka wanita ini bakal melangkah gerbang usia 30-an tahun depan.

Di usia yang agak lewat memulakan karier seni, Nur Falisha Crossley Faisal, 29, membuktikan tiada apa yang mustahil selagi ada kesungguhan dan kemahuan.

Anak jati Sarawak yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tidak pernah merasakan terlewat bahkan sangat bersyukur dengan usahanya dua tahun kebelakangan ini semakin membuahkan hasil.

“Tamat sekolah menengah memang saya sudah memasang impian untuk melanjutkan pelajaran dan alhamdulillah saya berjaya menamatkannya.

“Bidang seni sesuatu yang saya suka sejak kecil dan pernah menyertai Citrawarna dan peragaan fesyen, tetapi tidak pernah terfikir saya akan terbabit dalam bidang ini secara serius. Lagipun saya tidak tahu saluran untuk memasuki bidang ini hing­galah pada pertengahan 2010 saya terpilih membintangi Iklan Raya FINAS.

“Itupun sepupu saya yang minta hantarkan profil kemudian pengurus produksi memanggil saya untuk ke uji bakat lalu kemudiannya terpilih,” katanya.

Falisha berkata, dia kemudian ditawarkan berlakon dalam beberapa iklan komersial sekali gus membuka peluang untuk dia berlakon dalam drama.

“Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, tawaran tidak putus dan ada juga terpaksa dilepaskan kerana jadual bertindih. Ekoran hal ini, saya terpaksa membuat keputusan sama ada memilih antara lakonan atau bidang perakauanan. Justeru saya memilih seni kerana ia lebih dekat dengan hati saya,” katanya.

Pernah menyertai program 1,2,3…Tukar kendalian Sarimah Ibrahim yang bersiaran di Astro Ria, diikuti menjadi hos program Hello On Two dan Selamat Pagi Malaysia, Falisha dilantik sebagai ikon saluran TVi.

Selain itu, dia juga pernah mengendalikan program Madah Kenyalang dan Permata Kenyalang yang cukup popular di Sabah dan Sarawak serta program Muzik Esktra Live Konsert.

Bercerita mengenai lakonan, saiz tubuh kecilnya menjadi penghalang untuk diuji dengan watak dewasa atau yang bersesuaian dengan usianya.

“Jika suatu hari diberi watak dewasa seperti watak isteri, pelakon lelaki yang menjadi pasa­ngan saya perlulah bersaiz kecil juga. Sungguh pun watak remaja dianggap ringan, tetap ada cabarannya.

Takut dengan Along Kamaludin

Sudah membintangi 10 drama, namun pengalaman bekerja di set penggambaran Sarafina dan Dendam 5 Beradik arahan Along Kamaludin paling membuatkannya gentar kerana ketegasan pengarah itu.

Menerusi drama Sarafina, Falisha memegang watak sebagai Nadira, sahabat baik kepada pelakon utama Amar Asyraf.

Baru saja selesai menjalani penggambaran telemovie Niqalbi terbitan RTM, pengalaman bekerjasama dengan pelakon senior hebat seperti Wan Hanafi Su dan Zahiril Adzim selain Amar sangat berguna dalam membentuk lakonan yang baik.
Keunikan wajahnya juga, bakal menghiasi muzik video Ganas dinyanyikan KRU, Bila (Ning Bazura) dan Khai Kaider (Bukan Bahagiaku).

Wanita kacukan Inggeris dan Cina ini ketika ditanya apa keistimewaan yang dimilikinya untuk menonjol setaraf nama-nama besar lain, nyata dia tidak mampu menjangka sejauh mana namanya dikenali.

Namun, dia percaya usaha memperbaiki lakonan dan disiplin kerja akan membuatkan seseorang itu disenangi dan memperoleh kepercayaan melalui tawaran seterusnya.

-METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");