Berita Hari Ini

Panda hanya mengawan 72 jam setahun

SHAH ALAM – Pasangan panda gergasi, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang kini ditempatkan di Zoo Negara hanya akan disatukan selama 72 jam dalam tempoh setahun bagi proses mengawan.

Memetik laporan Kosmo!, panda betina hanya mempunyai waktu subur selama tiga hari dalam setahun dan ia ditentukan melalui ujian hormon.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana, selain daripada tempoh tiga hari itu, pasangan panda tersebut akan tinggal di kandang yang berasingan.

“Walaupun kedua-duanya diletakkan di kadang yang berasingan, namun kami akan memantau paras hormon padangan ini dan apabila sampai masanya ia akan dilepaskan untuk mengawan,” katanya kepada Kosmo!.

Ujar Rosli lagi, pihaknya yakin Feng Yi cukup subur untuk beranak di Malaysia walaupun hanya dapat bersama kira-kira 72 jam.

Pasangan panda gergasi yang dibawa ke Malaysia dari China kelmarin merupakan simbol kepada hubungan diplomatik antara kedua negara yang terjalin sejak 40 tahun.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");