Jenayah

Pemandu, kelindan lori maut

maut lori

Alor Gajah: Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori dinaiki merempuh belakang kenderaan lain di Kilometer 211.4, Lebuhraya PLUS, arah utara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, pemandu lori tiga tan, M Yusak Dahlan, 64, dan kelindannya, Kamarudin Ahmad, 45, mati di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan yang remuk.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa dipercayai terlanggar lori tujuh tan membawa muatan bunga yang berada di lorong kiri sebelum terseret sejauh beberapa meter.

Mayat kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, kenderaan yang terbabit kemalangan ditahan dan dibawa ke Puspakom untuk pemerksaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");